Bagaimana untuk mengenal pasti kadar yuran yang sesuai untuk kelas mengaji?

Salah satu kaedah popular untuk menentukan harga produk adalah dengan menjalankan tinjauan yang dibangunkan oleh seorang pakar ekonomi Belanda, Peter Van Westendorp pada tahun 1976.

Kaedah yang dikenali sebagai Van Westendorp Price Sensitivity Meter bermula dengan menanyakan empat soalan kepada pelanggan (atau prospek):

Q1. Berapakah yuran yang anda rasa terlalu murah sampai nampak macam tak berkualiti? (Terlalu murah)

Q2. Berapakah yuran yang anda rasa sangat berbaloi? (Murah & berbaloi)

Q3. Berapakah yuran yang anda rasa agak mahal, tapi masih boleh dipertimbangkan? (Agak mahal)

Q4. Berapakah yuran yang anda rasa terlalu mahal anda tak akan pertimbangkan pun? (Terlalu mahal)

Hasil tinjauan ini boleh membantu kita mengenal pasti kadar yuran yang optimal. Tidak terlalu murah dan tidak terlalu mahal.

Sekadar berkongsi hasil bacaan. Harap membantu 😊

Macam mana anda tetapkan yuran kelas mengaji?

Leave a Reply