Guru dan Admin boleh link akaun Telegram.

Saya perasan ramai juga guru terlupa untuk hentikan sesi kelas. Sekarang guru dan admin boleh link akaun Telegram mereka supaya notifikasi boleh dihantar melalui emel dan Telegram (jika mereka tak baca emel) untuk mengingatkan mereka untuk hentikan kelas. In sya Allah kaedah ini juga akan digunakan untuk menghantar peringatan lain pada masa akan datang.
Paparkan bilangan sesi dalam laporan “Teaching Hours”.

Berdasarkan beberapa interview bersama pusat pengajian, ada juga elaun guru dibayar mengikut bilangan sesi yang diajar.
Tambahan column “outstanding” pada Excel impot pelajar.

Anda boleh impot skali tunggakan pelajar ke dalam Mudeer. Sertakan column “outstanding” dengan nilai tunggakan pelajar dan invois akan dijana untuk setiap pelajar dengan tajuk: “Previous Balance”.
Ralat “Your Session Has Expired” apabila guru menekan butang “End Session” telah diselesaikan.

Saya terima aduan guru dihadapkan dengan ralat “Your Session Has Expired” apabila mereka menekan butang “End Session”. Isu ini patut tidak berlaku lagi. Boleh laporan kepada saya jika masih berlaku.
Dan beberapa penambahbaikan kecil lain.
Terima kasih tak terhingga kepada semua yang melaporkan permasalahan dan memberi maklum balas 😊