Impot Pelajar dan Kelas Individu

Dalam Mudeer, anda boleh impot pelajar-pelajar sedia ada anda serta kelas-kelas individu dengan memuat naik Excel data pelajar serta guru yang mengajar. 

Klik pada menu “Students”“Import”. Kemudian klik pada “Upload”.

Klik pada “Choose Excel file” dan pilih Excel file yang anda ingin upload.

Anda boleh klik pada “Template” untuk mendapatkan contoh format yang diperlukan. Berikut adalah column yang diperlukan dalam file tersebut:

NamaWajibKeterangan
nameYaNama pelajar
phoneYaNo. Telefon pelajar
emailTidakEmel pelajar
addressTidakAlamat pelajar
ic_numberYaNo. Kad Pengenalan (KP) pelajar
outstandingTidakHutang pelajar
teacher_nameYa – jika impot kelas individuNama guru
teacher_phoneTidakNo. Telefon guru
teacher_ic_numberYa – jika impot kelas individuNo. KP guru
teacher_emailYa – jika impot kelas individuEmel guru – diperlukan untuk guru login

Perhatikan bahawa semua medan berkenaan guru dimulakan dengan perkataan “teacher”.

Untuk impot kelas individu, tandakan kelas berkenaan. Kemudian klik “Continue”.

Biarkan “Charge Course Fees” ditandakan jika anda ingin supaya yuran bulan pertama dikenakan kepada pelajar.

Dalam contoh ini, semua pelajar dalam file Excel tersebut akan dimasukkan ke course “Personal Pakej B”. 

Humaira dan Haliza akan ditugaskan kepada Ustaz Idris. 

Maklumat Ustaz Sulaiman tidak akan diimpot kerana emel beliau tidak disediakan dalam file Excel tersebut. Rekod lantikan guru tidak akan dimasukkan jika alamat emel tiada. 

Alamat emel akan digunakan oleh guru untuk login ke Mudeer. No. KP guru juga adalah wajib kerana ia akan digunakan sebagai katalaluan guru. Namun, No. Telefon guru boleh digunakan sebagai ganti jika No. KP guru tiada.

Klik pada butang “Import” untuk masukkan rekod pelajar ke dalam Mudeer.

Anda boleh semak semula pada kelas berkenaan untuk memastikan rekod pelajar dan guru dimasukkan dengan betul.

Mohon tinggalkan komen atau hubungi saya jika terdapat kekeliruan dalam panduan ini.

Leave a Reply