Kepentingan Menetapkan Yuran Kelas Yang Betul

Menetapkan harga dengan betul sangat penting untuk apa-apa produk pun.

Untuk kelas mengaji, yuran menentukan “nilai” yang kita tawarkan.

Harga yang terlalu rendah boleh memberikan persepsi bahawa kelas kita tidak berkualiti. Harga yang rendah juga akan menarik pelajar yang berkira dan yang tidak menghargai ilmu yang mereka terima.

Harga yang terlalu tinggi pula akan mengasingkan pelajar yang tidak berkemampuan, tapi bersemangat untuk belajar. Harga yang tinggi juga boleh memberikan persepsi yang buruk, jika kualiti pengajaran dan layanan terlalu rendah dan pelajar merasakan mereka tidak mendapat apa yang mereka harapkan.

Menetapkan yuran yang berpatutan juga boleh membantu kita melantik dan melatih guru-guru yang berkaliber. Lebih mudah juga untuk kita buat kelas-kelas percuma untuk pelajar yang tidak berkemampuan.

Harap membantu 😊

Leave a Reply