Sebelum ni, yuran hanya boleh dijana mengikut hari bulan yang tetap. Contohnya kita boleh tetapkan supaya invois yuran dijana pada 1 hari bulan.
Masalah yang berlaku adalah apabila pelajar mendaftar pada pertengahan bulan, contohnya 15 hari bulan. Dia baru sahaja mendaftar selama 15 hari, tiba-tiba dah kena yuran pada 1 hari bulan.
Jadi sekarang boleh tetapkan supaya pelajar dikenakan yuran pada tarikh dia mendaftar. Kalau dia mendaftar pada 15 hari bulan, invois seterusnya adalah pada 15 hari bulan depan.
Untuk tetapkan yuran mengikut hari bulan, kita boleh pergi ke Course berkenaan dan klik Edit.

Pada ruangan Fee Settings, pilih โregistration dayโ, bersebelahan โEvery monthโ. Kemudian klik Save.

Untuk mengemaskini hari bulan penjanaan invois pelajar, boleh pergi ke maklumat enrollment pelajar dan klik pada More โ Edit Enrollment.

Kemaskini maklumat Bill Day. Kita boleh lihat juga, tarikh pendaftaran pelajar terpapar di bawah ruangan tersebut.
