Mencari pelajar baharu lebih susah daripada menjaga pelajar sedia ada, terutama sekali untuk kelas mengaji.
Pelajar sedia ada sudah percaya dan selesa dengan kita. Menjaga pelajar sedia ada antara perkara yang paling penting untuk kelas mengaji.
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan pelajar kekal dengan kita.
Berikan Pengenalan Yang Baik
Pernah tak rasa MENYESAL sebaik sahaja kita beli sesuatu? Itu perkara biasa. Ia dipanggil buyers remorse.
Pastikan perkara ini tidak berlaku kepada pelajar baharu kita. Jangan biarkan mereka terkial-kial.
Follow up dengan mereka selepas kelas pertama. Tanya, adakah mereka selesa dengan guru yang telah ditetapkan.
Buktikan bahawa mereka telah membuat keputusan yang betul memilih kita.
💡Sistem Mudeer membantu kita mendapatkan feedback daripada pelajar secara automatik.
Raikan Pencapaian Pelajar
Satu lagi perkara yang kita boleh buat adalah meraikan pencapaian pelajar.
YouTube ada anugerah yang dipanggil YouTube Creator Awards. Pembuat video akan dianugerahkan Silver, Gold, Diamond dan Red Diamond apabila mereka mencapai bilangan subscribers tertentu. Mereka akan terima piala (dalam bentuk fizikal) yang mereka tayang dalam video-video mereka selepas itu (marketing untuk YouTube).
Mungkin kita boleh berikan anugerah mengikut tahap pelajar. Contoh, apabila pelajar habis Iqra’ mereka diberi anugerah Little Qari (atau apa-apa nama yang sesuai), bersama dengan piala untuk meraikan pencapaian mereka.
Bukan sahaja ini akan memberi galakan untuk mereka terus berusaha, malah boleh menjadi sumber motivasi untuk pelajar lain.
Pantau Kehadiran Pelajar
Kehadiran pelajar menjadi salah satu penunjuk kepada kejayaan pelajar dalam kelas. Pelajar yang sudah mula ponteng, biasanya, pada akhirnya akan berhenti.
Oleh itu, sangat penting untuk kita kenal pasti pelajar yang tidak hadir dan cepat-cepat follow up sebelum mereka berhenti.
💡Sistem Mudeer membantu kita pantau kehadiran pelajar.
Tanya Sebab Pelajar Berhenti
Pelajar berhenti itu lumrah, untuk mana-mana kelas mengaji. Tapi kita boleh ambil peluang ini untuk belajar sebab pelajar berhenti.
Kita dapat kenal pasti kesilapan dan kelemahan untuk kita tambah baik pada masa hadapan.
Kadang-kadang, kita masih berpeluang untuk memujuk pelajar. Mungkin pelajar berhenti disebabkan salah faham yang kecil, seperti, guru asyik tangguh kelas.
Kita boleh tawarkan untuk tukar guru dan mungkin berikan diskaun untuk lembutkan hati dia.