Tambah pelajar memang seronok. Tapi bila pelajar makin ramai, kerja admin pun makin banyak.

Sistem MUDEER membantu kelas mengaji, kelas bahasa arab kutip yuran, urus kelas, dan bayar elaun guru tepat pada masanya.

Bulan Lepas MUDEER Membantu

Kutip yuran sebanyak RM980,103.43

Jalankan 20,047 kelas


MUDEER membantu anda menguruskan pelajar.

Tak perlu lagi follow up yuran manual setiap bulan.

MUDEER membantu anda jana invois dan hantarkan kepada pelajar setiap bulan secara AUTOMATIK.

Jimat masa dengan menerima bayaran online.

Anda boleh integrate dengan payment gateway seperti Chip, Billplz dan Toyyibpay, supaya pelajar boleh buat bayaran sendiri.

Keluarkan resit profesional.

Ramai parents sekarang minta resit untuk urusan cukai. Hantar resit terus kepada parents setiap kali mereka bayar.


MUDEER membantu anda menguruskan guru.

Pantau setiap kelas guru dalam satu tempat.

Guru key in setiap sesi kelas dalam MUDEER. Semak dan kongsikan laporan guru dengan pelajar.

Bayar awal elaun guru setiap bulan.

MUDEER akan bantu kira elaun dan komisyen guru secara automatik. Tinggal bayar je.

Keluarkan payslip untuk guru setiap bulan.

Anda boleh jana payslip untuk pembayaran elaun guru, setiap bulan.Data elaun guru juga boleh export ke portal bank untuk membuat pindahan pukal (bulk transfer).


Harga

Bayar Untuk Pelajar Aktif Sahaja

Tiada kontrak atau bayaran tahunan. Bayar untuk apa yang anda guna sahaja.

RM3

setiap pelajar aktif / bulan

+

Yuran Pendaftaran

RM200

SEKALI SAHAJA

  • Anda hanya perlu membuat pembayaran Yuran Pendaftaran untuk mula menggunakan MUDEER.

  • Tempoh percubaan selama sebulan akan bermula sebaik sahaja anda mendaftar.

  • Tiada kos lain terlibat dalam tempoh tersebut.

  • Yuran Pendaftaran akan dipulangkan jika anda tidak berminat untuk meneruskan MUDEER dalam tempoh tersebut.

  • Caj minima RM60 / sebulan akan dikenakan walaupun tiada pelajar aktif pada bulan tersebut.

100% PERCUMA kalau saya tak dapat bantu set up dalam masa sebulan.


Soalan Lazim

Setakat ni Excel pun OK. Buat apa nak guna MUDEER?

Excel / Google Sheets memang bagus. Cuma cabaran dia, kena update sendiri. Bila pelajar bertambah, kerja manual pun bertambah.

Pelajar saya tak ramai pun?

Kalau pelajar tak sampai 20 orang, mungkin tak perlu sistem berbayar lagi. Boleh guna yang percuma, seperti Excel atau Google Sheets.Cuma kalau pelajar semakin bertambah, elok sediakan payung sebelum hujan.

Saya sangat sibuk sekarang, tak ada masa.

Awal-awal mungkin banyak sikit kerja untuk set up, tapi bila dah selesai, dah tak sibuk macam dulu.Selagi pelajar bertambah, kesibukan tu tak akan berkurang. Anda boleh cuba tambah staf atau MUDEER boleh bantu kurangkan sibuk dengan mengambil alih kerja renyah macam follow up yuran dan kira elaun guru.Jangan risau, saya akan bantu anda step-by-step untuk set up.

Nanti dulu, kelas dah jalan.

Faham. Bukan senang nak tukar cara bekerja. Cuma lagi lama biar, lagi sibuk.

Mahal sangat.

Anda boleh terus buat sendiri atau tambah pekerja. Boleh bandingkan dengan gaji minima sekarang.Ambil pekerja pun bukan mudah. Kena iklan dulu, temuduga calon, buat pemilihan, latih pekerja baru. Lepas tu, kalau pekerja tu tak sesuai? Ulang balik.

Ada hidden cost lain ke?

Tak ada. Kos MUDEER termasuk kos notifikasi, anda tak perlu fikir untuk top up kredit SMS atau emel.

Ada kontrak ke?

Tak ada. Kalau rasa MUDEER dah tak sesuai, boleh maklumkan.

Kalau pelajar saya ramai, ada diskaun?

Janga risau, ada volume discount. Lagi ramai pelajar, lagi murah.

Ibu bapa boleh buat bayaran sendiri?

Boleh. Ibu bapa akan terima invois dan resit melalui emel. Mereka tak perlu log masuk ke dalam sistem atau ingat password.Anda boleh gunakan payment gateway seperti Chip, Toyyibpay dan Billplz supaya pelajar boleh buat bayaran sendiri.

Ada had pendaftaran pelajar?

Tak ada. Anda boleh mendaftar seramai mana pelajar. Ada kelas mengaji daftar sampai beribu orang pelajar dalam MUDEER.

Ada had bilangan guru?

Tak ada. Anda boleh daftarkan semua guru anda dalam sistem. Bilangan guru juga tidak akan mempengaruhi kos MUDEER.

MUDEER jual data kami ke?

Kami TIDAK AKAN menjual data anda. Kami amat memahami betapa pentingnya data anda.Sila rujuk Terma & Syarat kami untuk maklumat lanjut.

Ada pertanyaan?


Dibina dengan penuh ❤️

© A product by Pemohon Maju Enterprise (JM0855861-V)