Mudeer Townhall – May Week 2

Assalamu’alaikum. Saya share update and perancangan saya untuk Mudeer: Update Announcements Upcoming Updates (ideas) Saya harap penambahbaikan ini dapat membantu anda kukuhkan lagi pusat pengajian anda. BarakAllah feekum

Apa Beza Change Course dengan Move Students (Untuk Kelas Berkumpulan)?

Dalam Mudeer kita boleh menukar kelas (Change Course) berkumpulan daripada satu course (atau pakej) ke pakej yang lain, contohnya pelajar-pelajar Kelas Asas telah berjaya khatam dan ingin meneruskan pengajian ke Kelas Lanjutan. Rekod sesi pengajaran Kelas Asas akan dibawa sekali ke Kelas Lanjutan apabila pertukaran dilakukan.

Kita juga boleh memindahkan pelajar (Move Students) yang menyertai kelas berkumpulan ke kelas yang lain. Sebagai contoh seorang pelajar ingin menukar hari pengajian daripada hari Isnin ke Jumaat. Kelas hari Jumaat telahpun berjalan selama 3 minggu.

Cara Guna Mudeer Tanpa Kos Tambahan

Baru-baru ni saya demo Mudeer kepada seorang ustaz di Mesir yang mengajar kitab secara online kepada pelajar universiti.

Bila sampai ke bahagian yuran pendaftaran, ustaz bagi idea yang sangat baik tentang cara untuk cover kos Mudeer. Saya nak kongsikan dua cara untuk kita gunakan Mudeer tanpa kos tambahan.