Cara Post Job Dalam Mudeer

Antara cabaran kelas mengaji adalah mencari guru pada last minute. Kadang-kadang ada guru berhenti atau ada kecemasan dan terpaksa bercuti.

Mudeer boleh membantu kita membuat hebahan tentang job kosong kepada semua guru kita.

Apabila guru berhenti, kita boleh kemaskini kelas berkenaan.

Pergi ke kelas berkenaan dan klik More → Edit Class.

Klik pada butang pangkah di sebelah nama guru di ruangan Teacher. Kemudian klik Save di bahagian bawah page.

Anda akan ditanya jika anda ingin publish kelas berkenaan sebagai job. Klik Continue.

Kita akan dibawa ke paparan job berkenaan. Buat masa ni, job ini masih belum publish dan tidak dapat dilihat oleh guru.

Kita boleh kemaskini job berkenaan dengan menekan butang Edit.

Job Visibility menentukan sama ada job ini boleh dipohon oleh orang luar atau hanya guru kita.

Jika job ini ditetapkan sebagai Private, pastikan guru login ke Mudeer terlebih dahulu untuk melihat dan memohon job ini.

Jika job ini adalah secara offline contohnya home tuition, kita boleh letakkan negeri (State) dan lokasi (Location) pelajar. Maklumat ini boleh dilihat oleh guru.

Kita boleh juga masukkan arahan tambahan di ruangan Instructions. Biasanya di sini kita nyatakan permintaan customer. Berdasarkan maklumat ini, guru boleh tentukan sama ada job ini sesuai atau tidak.

Kemudian klik Save.

Bila dah bersedia, kita boleh klik Publish.

Guru akan terima hebahan melalui emel tentang job kosong tersebut.

Link kepada job tersebut juga akan terpapar. Kita boleh share link tersebut dengan guru dalam group WhatsApp, Telegram atau mana-mana media sosial.

Kita akan dapat melihat senarai guru yang memohon di tab Applications.

Klik pada guru untuk melihat maklumat berkenaan guru tersebut.

Klik Accept untuk menetapkan guru tersebut bagi kelas berkenaan.

Guru yang ditetapkan akan mendapat notification melalui emel bahawa mereka telah diterima untuk job tersebut. 

Guru lain yang memohon juga akan mendapat emel bahawa job tersebut telah tutup. Jadi mereka tak tertunggu-tunggu.

Leave a Reply