Cara Tetapkan Role Pengguna Dalam Mudeer

Apabila pusat pengajian kita semakin membesar, biasanya kita akan mengambil pekerja untuk membantu kita. Namun, ada perkara-perkara yang patut dirahsiakan dan tidak perlu diberikan capaian.

Dalam Mudeer, kita boleh tetapkan capaian berbeza bagi setiap pengguna. Pengguna perlu diberikan peranan (Role) dan kita boleh tetapkan capaian berbeza untuk setiap Role.

Secara default semua admin diberikan role “Super Admin”, yang memiliki capaian penuh. Untuk menambah role kita boleh pergi ke menu “Roles” di bahagian atas kanan.

Klik pada butang “New”.

Masukkan nama bagi role berkenaan dan pilih capaian yang ingin dibenarkan. Kemudian klik “Save”.

Langkah seterusnya adalah untuk menetapkan pengguna-pengguna yang akan menyandang role tersebut. Tandakan nama-nama pengguna berkenaan dan klik “Save”.

Perhatikan juga bahawa role semasa pengguna tertera di bahagian kanan nama mereka.

Selesai. Pengguna yang masuk ke dalam sistem akan mendapat capaian seperti mana yang kita tetapkan sahaja.

Leave a Reply