Antara cara mudah untuk berkomunikasi dengan pelajar anda adalah melalui WhatsApp atau Telegram group. Segala pemakluman dan pertanyaan boleh dibuat di dalam group tersebut.
Dalam Mudeer anda boleh menghantar pelajar ke group WhatsApp secara automatik setelah mereka selesai mendaftar menggunakan borang pendaftaran Mudeer.
Saya kongsikan cara untuk membenarkan pelajar mendaftar menggunakan borang pendaftaran Mudeer di sini.
Pergi ke Course berkenaan dan klik pada “More → Form Redirect”, yang terletak di sebelah link borang pendaftaran.
Masukkan link kepada WhatsApp group berkaitan. Dalam contoh ini, saya akan masukkan link kepada Channel Telegram Mudeer. Pelajar akan dibawa ke channel tersebut sebaik sahaja mereka selesai membuat bayaran invois pertama.
Jika anda menetapkan supaya pelajar tidak perlu membayar yuran semasa pendaftaran, pelajar akan terus dihantarkan ke link tersebut sebaik sahaja mereka selesai mendaftar.
Pelajar akan dibawa ke link yang telah ditetapkan selepas 10 saat. Pelajar tersebut boleh juga menekan “Continue” untuk pergi ke link berkenaan dengan segera.
Ini contoh sahaja, anda boleh letakkan link kepada WhatsApp group, Google Form atau mana-mana page lain.