Cara Membenarkan Pelajar Mendaftar Sendiri

Setiap kelas dalam Mudeer ada borang pendaftaran tersendiri. Anda boleh kongsikan link borang tersebut dengan bakal pelajar anda.

Untuk mendapatkan link borang pendaftaran kelas, anda boleh klik pada mana-mana kelas.

Klik “More → Copy Link” untuk membuat salinan link tersebut untuk anda tampal dalam WhatsApp, Telegram atau mana-mana medium komunikasi lain.

Contohnya seorang bakal pelajar menghubungi anda melalui WhatsApp, menanyakan tentang pakej yang ada. Anda terangkan tentang pakej yang anda tawarkan dan dia bersetuju untuk mendaftar.

Anda boleh hantarkan link borang pendaftaran kepada bakal pelajar. Kelebihan menggunakan borang pendaftaran Mudeer adalah pelajar tersebut akan dimasukkan ke dalam kelas berkenaan secara automatik tanpa perlu anda key in maklumat mereka secara manual.

Bakal pelajar boleh klik “Register” dan mengisi borang untuk meneruskan pendaftaran.

Selesai pendaftaran, pelajar akan menerima emel pemakluman serta link kepada invois pertama kelas tersebut. Pelajar tersebut boleh menekan butang “View Invoice” untuk melihat dan membuat pembayaran.