Pengurusan Tenaga Pengajar

Panduan ini menerangkan bagaimana untuk mewujudkan akaun tenaga pengajar (TP), supaya mereka boleh mula merekodkan pengajaran. Kemudian, Mudeer akan membantu anda kira elaun TP berdasarkan rekod pengajaran mereka.

Untuk menambah rekod TP baharu, klik pada menu Teachers → All Teachers. Kemudian klik pada butang “New”.

Masukkan butiran TP tersebut dan klik “Save” apabila anda selesai. Di sini anda boleh juga tetapkan kadar elaun pengajar tersebut.

Setelah anda mewujudkan akaun TP, mereka boleh log in ke akaun mereka menggunakan emel dan No. Kad Pengenalan sebagai katalaluan. Anda boleh kongsikan panduan penggunaan Mudeer bagi TP, dengan semua TP anda:

Anda juga boleh membuat carian pengajar, berdasarkan nama, No. KP dan emel, melalui capaian “Search” di bahagian atas-kanan menu utama. Klik pada nama TP untuk melihat profile mereka.

Senarai kelas yang diajar oleh TP tersebut akan tersenarai di tab “Classes”. Anda boleh melihat bilangan sesi yang telah diajar untuk setiap kelas.

Di tab “Activities” pula anda boleh melihat rekod segala aktiviti TP (atau staf) tersebut, seperti penerimaan bayaran dan pembatalan rekod pembayaran.

Di bahagian atas-kanan paparan, anda boleh mengaktifkan atau menyah aktifkan pengajar tersebut. Akaun TP (atau staf) yang dinyah aktifkan TIDAK akan dibenarkan untuk log in ke Mudeer.

Pastikan anda tidak menyah aktifkan akaun anda sendiri 😉