Cara Tutup Kelas

Biasanya ada dua jenis kursus yang kita jalankan:

  • Jangka panjang (berterusan)
  • Jangka pendek (contoh 1-3 bulan)

Untuk kursus jangka pendek, kita akan tutup kelas bila dah selesai. Pelajar pun tidak lagi dikenakan yuran.

Dalam Mudeer, untuk menutup terus kelas, kita boleh pergi ke kelas berkenaan, klik “Edit”, scroll ke bawah dan klik “Delete”.

Jangan risau, bila anda delete kelas, data pelajar-pelajar dalam kelas TIDAK akan hilang. Semua pelajar berkenaan akan diberhentikan sahaja daripada kelas tersebut. Anda masih boleh membuat carian dan menyemak hutang pelajar.