Cara Tetapkan Yuran Berbeza Untuk Pelajar

Dalam Mudeer, kita boleh tetapkan yuran untuk setiap kelas (atau course). Tapi mungkin ada pelajar yang mendaftar untuk kelas tersebut dengan kadar yuran yang berbeza. 

Contohnya yuran untuk kelas Pakej A ni adalah RM100 setiap bulan. Tapi Ahmad yang mendaftar untuk kelas ini diberikan diskaun dan hanya perlu membayar RM50 sebulan.

Kita boleh pergi pendaftaran kelas pelajar berkenaan, klik More dan Edit Enrollment. Kemudian kita update “Fee Rate”, tukarkan kepada 50 dan klik “Save”.

Untuk kita semak yuran yang telah ditetapkan untuk setiap pelajar, kita boleh pergi ke kelas berkenaan dan klik pada tab “Students”

Kadar yuran pelajar akan terpapar sebelah nama mereka jika kadar yuran yang ditetapkan berbeza dengan kadar yuran kelas tersebut.