Cara Terima Pembayaran Online Menggunakan Payment Gateway

بسم الله الرحن الرحيم

Penggunaan Payment Gateway dapat memudahkan dan mempercepatkan kutipan yuran. Pelanggan anda boleh membuat pembayaran sendiri tanpa perlu anda merekodkan pembayaran secara manual. Resit pembayaran juga akan dihantar secara automatik. Banyak masa dan tenaga dapat dijimatkan.

Butang “Pay Now” juga akan terpapar pada setiap invois, jika anda menggunakan Payment Gateway. Pelanggan anda boleh klik pada butang tersebut dan terus buat pembayaran online.

Sebelum anda boleh terima pembayaran online, anda perlu mendaftar dengan salah satu pembekal perkhidmatan (service provider) Payment Gateway berikut:

  1. Toyyibpay
  2. Billplz

Perhatian: Pihak pembekal perkhidmatan akan mengenakan caj transaksi sebanyak RM1 untuk setiap pembayaran yang dilakukan oleh pelanggan. Caj tersebut boleh anda tanggung sendiri atau dipindahkan kepada pelanggan. 

Berikut adalah langkah yang perlu diambil untuk mula menggunakan Payment Gateway dalam Mudeer:

  1. Mendaftarkan akaun dengan service provider (jika anda masih belum mendaftar). Pihak service provider akan mengambil masa 1-3 hari bekerja untuk mengesahkan akaun anda. 
  2. Anda boleh mendapatkan API Key atau Secret Key untuk dimasukkan ke dalam Mudeer, setelah akaun anda berjaya didaftarkan.

Daftar Akaun Toyyibpay

Anda boleh mendaftar akaun Toyyibpay menggunakan link https://toyyibpay.com/e/9168067273695305 (ini link affiliate saya, terima kasih atas sokongan anda).

Klik pada “Sign Up” untuk mendaftarkan akaun anda.

Lengkapkan borang pendaftaran.

Pastikan emel yang anda bekalkan adalah emel yang aktif. Segala pemakluman akan dihantar ke emel tersebut. 

Anda boleh mula menerima bayaran online sebaik sahaja akaun anda berjaya disahkan. Pihak Toyyibpay akan menghantar pemakluman apabila proses ini selesai.

Dapatkan Secret Key Toyyibpay

Log masuk ke akaun Toyyibpay anda di https://toyyibpay.com/access/login.

Di bahagian dashboard, scroll bawah ke bahagian “Settings → Your Secret Key”. Copy nilai Secret Key tersebut.

Daftar Akaun Billplz

(Langkah ini tidak diperlukan jika anda telah pun mendaftar akaun dengan Toyyibpay)

Untuk mendaftar akaun Billplz, anda boleh melayari https://www.billplz.com/ dan klik pada “Sign Up”

Isi borang pendaftaran dengan maklumat emel dan password anda. Pastikan emel yang dimasukkan adalah aktif. 

Klik pada butang “Send Code”. Emel dengan kod pendaftaran akan dihantar ke emel yang anda masukkan tadi. Buka emel tersebut dan masukkan kod yang diberikan ke dalam ruangan “6-digit code”.

Lengkapkan langkah pendaftaran seterusnya. 

Dapatkan Secret Key Billplz

Setelah anda berjaya mendaftarkan akaun dengan Billplz, anda boleh dapatkan Secret Key

Log masuk ke akaun Billplz anda dan klik pada menu “Settings” di bahagian atas-kiri dashboard.

Scroll bawah ke bahagian “Keys & Integration”. Klik pada “BILLPLZ SECRET KEY” dan klik “Copy Billplz Secret Key”.

Integrasi dengan Mudeer

Setelah anda copy Secret Key daripada akaun Payment Gateway anda, log masuk ke Mudeer, dan klik pada menu “Settings”.

Scroll ke bawah nak tandakan “Payment Gateway” dan pilih provider yang telah anda daftarkan tadi (Toyyibpay atau Billplz).

Kemudian paste Secret Key tadi ke dalam ruangan “API/Secret Key”.

Tandakan “Charge Transaction Fees to Customer” jika anda ingin supaya pelanggan tanggung caj transaksi yang dikenakan oleh pihak Payment Gateway. Biarkan pilihan tersebut jika anda ingin menyerap caj tersebut (untuk menggalakkan pelanggan anda supaya membuat pembayaran online, dan mudahkan kerja anda). Klik “Save”.

Jika anda tetapkan supaya caj tersebut ditanggung oleh pelanggan, pemakluman tentang caj tersebut akan terpapar pada invois sebelum mereka membuat bayaran.