Cara Tentukan Kadar Elaun Tenaga Pengajar

بسم الله الرحن الرحيم

Mudeer akan bantu anda kira elaun tenaga pengajar (TP), setiap bulan. Namun, anda perlu tentukan kadar elaun TP terlebih dahulu.

Dalam Mudeer, kadar elaun TP boleh ditentukan mengikut: 

  • sesi atau 
  • jam pengajaran atau
  • bulan (kadar rata)

Contohnya anda boleh tentukan samada seseorang TP itu dibayar elaun RM20 sejam, atau RM20 setiap sesi, ataupun RM250 sebulan.

Pada hujung bulan, anda boleh pergi ke menu “Reports” → “Teaching Hours”, dan jumlah elaun yang patut dibayar kepada TP akan terpapar pada column “Allowance”.

Terima kasih 😊