Cara Menukar Nama Pelajar Mengikut Kelas

Anda boleh menukar nama pelajar mengikut kelas yang mereka sertai.

Contoh: Harlina belajar mengaji bersama anaknya bernama Uwais. Tetapi mereka menyertai dua kelas berbeza. Harlina menyertai kelas berkumpulan manakala Uwais menyertai kelas individu.

Invois yang dikeluarkan adalah dibawah nama Harlina, tetapi nama pelajar untuk setiap kelas adalah berbeza.

Dalam Mudeer, kita boleh tetapkan nama pelajar untuk setiap kelas.

Buat carian pelajar dan pergi ke tab “Classes”.

Perhatikan, nama pelajar (atau pelanggan) sekarang adalah “Harlina & Uwais”.

Klik pada kelas berkenaan, dan klik pada More → Edit Enrollment.

Masukkan nama pelajar dalam ruangan “Name” dan “Save”.

Nama pelajar akan dikemaskini.

Nama tersebut akan dipaparkan pada paparan guru.

Ia juga akan terpapar pada butiran yuran pelajar dalam invois.

Saya berharap fungsi ini boleh mengurangkan kekeliruan guru dan pelajar apabila sebuah keluarga belajar kelas berbeza.