Pernah tak berlaku, anda dah online atau dah sampai depan rumah, tiba-tiba pelajar maklumkan ada di luar, dia terlupa ada kelas. Kita semua lupa, dan kita semua perlukan peringatan.
Dalam Mudeer, anda boleh menghantar peringatan sebelum kelas bermula kepada pelajar.
Setelah anda login sebagai guru, klik pada pada kelas yang akan bermula tersebut. Kemudian klik “More → Remind”, di bahagian atas kanan laman tersebut.
Masukkan ayat peringatan yang ingin anda sampaikan di ruangan “Message”. Anda boleh juga masukkan nombor telefon pelajar di ruangan “Phone”. Nombor dan message ini akan disimpan supaya maklumat yang sama boleh digunakan untuk penghantaran peringatan akan datang.
Nota: Pastikan anda sertakan kod negara ketika mengisi nombor telefon, contohnya “6” di hadapan depan nombor telefon tersebut.
Kemudian tekan butang “Send Reminder” untuk menghantar peringatan tersebut. Anda akan dibawa ke WhatsApp pelajar tersebut (berdasarkan nombor yang anda masukkan).
Jika anda ingin memilih pelajar daripada senarai contacts, klik pada “Select Contact”. Anda akan dibawa ke senarai contacts dalam WhatsApp untuk dipilih sebelum menghantar peringatan tersebut.
Peringatan Untuk Guru
Mudeer akan membantu mengingatkan guru untuk menghantar peringatan sejam sebelum kelas bermula melalui emel.
Penting! Pastikan anda memasukkan jadual kelas yang betul untuk menerima peringatan tersebut pada waktu yang sesuai.
Untuk mengemaskini jadual kelas, klik pada “Edit Schedule” pada paparan kelas berkenaan.
Klik “Add” pada hari kelas dijalankan dan masukkan waktu mula dan tamat kelas tersebut. Kemudian klik “Save” untuk menyimpan.
Mudeer akan menghantar peringatan kepada guru sejam sebelum kelas bermula berdasarkan jadual tersebut.