Cara Mencari Pengajar yang Sesuai dengan Fungsi Jobs

Salah satu cabaran pusat pengajian adalah mencari pengajar yang sesuai dengan waktu dan permintaan pelajar. Dalam Mudeer anda boleh buka setiap pendaftaran pelajar baharu sebagai job yang boleh dimohon oleh mana-mana pengajar. 

Pengajar sedia ada akan mendapat pemakluman tentang job yang kosong dan mereka boleh terus membuat permohonan melalui Mudeer.

Sebelum anda boleh mula membuka job dalam Mudeer, anda perlu pasang fungsi tersebut terlebih dahulu. Pergi ke menu Teachers → Jobs dan pastikan ruangan Enabled ditandakan.

Pendaftaran Pelajar Baharu

Terdapat dua cara untuk mendaftarkan pelajar dalam Mudeer: 

  1. melalui borang pendaftaran atau 
  2. secara manual.

Jika pelajar mendaftar melalui borang pendaftaran Mudeer, job yang berkaitan akan terpapar secara automatik sebaik sahaja anda approve pendaftaran tersebut.

Anda boleh masukkan maklumat tambahan tentang job tersebut pada ruangan “Customer Instructions”, kemudian klik “Save”.

Untuk melihat senarai jobs yang terbuka, anda boleh pergi ke TeachersJobs.

Klik pada job untuk melihat butiran lanjut. Anda boleh kongsikan link kepada job tersebut dengan pengajar-pengajar anda.

Link tersebut akan memaparkan butiran tentang job tersebut. Pengajar boleh klik “Apply” untuk memohon job tersebut.

Pengajar juga boleh melihat senarai job yang terbuka serta status permohonan untuk setiap job. Job yang telah dipohon akan ditandakan dengan “applied”.

Di bahagian admin, senarai pengajar yang memohon untuk job tersebut akan terpapar.

Anda boleh klik pada pengajar yang ingin anda lantik, dan klik “Accept” untuk melantik pengajar tersebut.

Pengajar tersebut akan terlantik untuk kelas berkenaan dan nama pelajar akan dipaparkan pada ruangan dashboard pengajar itu.

Penggantian Pengajar

Anda boleh juga mencari pengajar ganti menggunakan fungsi jobs ini. Apabila pengajar berhenti, anda boleh pergi ke kelas berkenaan dan klik pada “More” “Edit Class”.

Kemudian klik pada butang pangkah di sebelah nama pengajar untuk mengeluarkan pengajar daripada kelas tersebut, dan klik “Save”.

Kelas tersebut akan terpapar sebagai job yang boleh dipohon oleh pengajar.

Pendaftaran Pengajar Baharu

Anda boleh juga gunakan fungsi jobs ini untuk mendaftarkan pengajar baharu. Setiap job yang anda buka mempunyai link tersendiri.

Pergi pada senarai jobs dan klik pada mana-mana job yang ada. Kemudian klik pada “More” di bahagian atas kanan.

Klik “Copy Link” dan share link tersebut dalam group WhatsApp atau Telegram pengajar anda. Anda boleh klik pada “Preview” untuk melihat page job tersebut.

Di sini pengajar boleh lihat jadual kelas, jumlah sesi yang telah berjalan, serta laporan pengajaran beberapa sesi terkini oleh pengajar sebelum itu. Maklumat ini boleh membantu pengajar menentukan kesesuaian job tersebut.

Pengajar boleh klik “Apply” di bahagian bawah untuk memohon job tersebut.

Pengajar yang belum memiliki akaun, perlu mendaftarkan akaun terlebih dahulu.

Pengajar akan diminta untuk mengisi beberapa butiran asas.

Selesai mendaftar, pengajar baharu tersebut akan tersenarai sebagai pemohon job berkenaan.

Syarat Permohonan dan Laman Jobs

Anda boleh juga nyatakan syarat umum untuk permohonan jobs dalam Mudeer. Pergi ke menu Teacher Jobs dan klik Settings.

Masukkan syarat permohonan pekerjaan di ruangan “Job Requirements” dan klik Save.

Link yang terpapar di bahagian atas adalah link kepada laman jobs anda. Kongsikan link tersebut dalam group WhatsApp, Facebook, Telegram atau mana-mana saluran media sosial lain.

Link tersebut akan memaparkan syarat pekerjaan serta capaian kepada senarai jobs anda. Pengajar yang berminat boleh klik “View open jobs” untuk melihat senarai jobs yang terbuka.

Saya harap fungsi ini dapat membantu anda uruskan tenaga pengajar dengan lebih mantap lagi! In sya Allah.