Cara Jana Payslip

Dalam video ini saya terangkan cara untuk menjana slip pembayaran (payslip) elaun dalam Mudeer.

Fungsi penjanaan payslip boleh membantu anda mengira, memantau dan membuat pembayaran elaun kepada guru dan ejen.

Anda boleh ke fungsi “Payslips” melalui laporan “Reports → Allowances”.

Pilih bulan yang anda ingin janakan payslip dan klik pada “Payslips”.

Klik pada butang “Generate Payslips” untuk menjana payslip untuk bulan tersebut.

Klik “OK”.

Payslip untuk bulan tersebut akan terjana.

Anda boleh lihat senarai payslip yang telah dijana dan juga amaun untuk setiap payslip yang dijana.

Anda boleh klik pada nama penerima untuk melihat butiran payslip tersebut.

Tekan “Add Payment” untuk menambah bayaran lain ke dalam payslip tersebut. Contohnya “Anugerah Guru Terbaik”.

 Kemudian klik “Save”.

Bayaran tambahan tersebut akan dimasukkan ke dalam payslip tersebut.

Ketika anda menekan “Generate Payslip”, payslip akan terjana berdasarkan jumlah kiraan elaun semasa.

Jika terdapat sebarang penambahan kelas atau perubahan kadar elaun selepas payslip dijana, anda perlu menjana semula payslip tersebut untuk mengambil kira perubahan tersebut.

Anda boleh klik pada “More → Regenerate” untuk menjana semula payslip tersebut.

Muat Turun Data Untuk Pembayaran Secara Pukal

Setelah anda selesai menjana dan mengemaskini semua payslip untuk bulan tersebut, anda boleh memuat turun data tersebut dalam bentu Excel.

Data tersebut boleh dimuat naik ke portal bank untuk dipindahkan ke akaun setiap penerima secara pukal.

Pergi semula ke paparan “Payslips” dan klik pada “Download”, kemudian pilih bank yang anda gunakan. (Buat masa ni data yang disediakan hanya untuk Bank Islam. Kami dalam usaha menyediakan data untuk bank lain juga).

Pemakluman Kepada Penerima

Setelah anda membuat bayaran elaun kepada guru dan ejen, anda boleh tandakan payslip berkenaan sebagai “Paid” (telah dibayar). Pilih payslip berkenaan dan klik pada butang “Mark Paid”, kemudian klik “OK”.

Payslip yang telah dibayar akan ditandakan dengan tick hijau.

Penerima payslip berkenaan juga akan mendapat pemakluman melalui emel tentang pembayaran tersebut dan mereka boleh membuat capaian kepada salinan payslip tersebut sendiri melalui akaun Mudeer mereka.

(Show an example of the payslip on the teacher’s side)

Penjanaan Payslip Tambahan

Jika ada guru atau ejen yang BARU dimasukkan ke dalam Mudeer anda boleh klik pada butang “Generate Payslip” untuk menjana payslip tambahan bagi mereka. 

Butang ini TIDAK akan menganggu perubahan yang telah anda buat pada payslip sedia ada.

Penjanaan Semula Payslip

Jika anda ingin menjana semula SEMUA payslip untuk bulan tersebut, anda boleh tekan pada “Select All” untuk memilih kesemua payslip yang telah dijana dan klik pada “Delete”. Kemudian klik pada “Generate Payslips” untuk membuat penjanaan semula.