بسم الله الرحن الرحيم
Setiap bulan, Mudeer akan menghantar notifikasi kepada pelajar, melalui emel, apabila invois baharu dijana. Pelajar boleh buka invois tersebut dan terus buat bayaran. Namun, bukan semua pelajar akan membuat bayaran pada masanya.
Anda boleh follow up sendiri invois yang masih tetunggak. Untuk melihat senarai invois yang masih tertunggak, anda boleh pergi ke menu “Reports” → “Unpaid Fees”.
Di sini anda dapat lihat maklumat tunggakan yuran mengikut kursus, melalui beberapa column:
- Students – bilangan pelajar yang ada tunggakan.
- Unpaid (RM) – jumlah yuran yang masih belum dikutip, dibahagikan dengan jumlah yang patut dikutip.
- PCT – peratusan yuran yang masih belum dibayar.
Anda boleh klik pada kursus berkenaan untuk melihat senarai pelajar yang berhutang bagi kursus tersebut.
Klik pada nama pelajar untuk pergi ke invois yang tertunggak berkenaan. Klik pada butang “Follow up” untuk menghantar invois tersebut kepada pelajar.
Masukkan mesej yang ingin anda hantar kepada pelajar, dan klik pada “Send with WhatsApp”.
WhatsApp akan dibuka, dan mesej yang anda masukkan akan terpapar pada ruangan chat. Link kepada invois tersebut juga akan disertakan di bahagian bawah mesej.
Jika anda melanggan dengan payment gateway, Toyyibpay atau Billplz, anda boleh aktifkan pembayaran online, dan pelajar boleh terus membuat bayaran dengan menekan butang “Pay Now” pada invois tersebut.
Setelah anda menghantar mesej tersebut kepada pelajar, waktu terakhir anda follow up akan terpapar pada invois.
Maklumat tersebut juga akan terpapar pada senarai pelajar yang berhutang.
Saya harap panduan ini dapat membantu anda follow up yuran pelajar dengan lebih efisyen.
Terima kasih 😊