Apabila dunia dilanda wabak Covid-19, anjakan besar telah berlaku dalam industri pendidikan. PdP (pengajaran dan pembelajaran) terpaksa dijalankan secara online. Kini, pelajar, ibu-bapa dan guru semakin selesa dengan kelas-kelas online. Permintaan kepada kelas-kelas online juga telah meningkat dan trend ini dijangka akan berterusan.
Namun banyak pusat tuisyen dan pusat pengajian Al-Quran terpaksa ditutup kerana tidak berjaya menyesuaikan diri dengan perubahan besar ini. Semakin banyak pusat tuisyen dan pusat pengajian Al-Quran baharu, ditubuhkan untuk memenuhi permintaan ini.
PdP secara online membuka banyak peluang baharu.
Kini PdP tidak lagi terhad kepada lokasi tertentu. Dulu, pelajar-pelajar anda adalah di kalangan penduduk taman atau daerah setempat. Tapi sekarang, pelajar anda boleh berada di mana-mana negeri mahupun negara. Saya sendiri kenal beberapa pusat pengajian Al-Quran yang ada pelajar daripada negara lain seperti Australia, New Zealand, dan Singapura.
Pelantikan guru juga tidak lagi terhad kepada lokasi tertentu. Kaedah pengajaran yang lebih fleksibel membuka peluang kepada lebih ramai yang berkemahiran seperti pelajar IPT dan suri rumah untuk mengajar secara separuh masa.
Kos menjalankan kelas secara online juga lebih rendah berbanding kelas fizikal. Anda tidak terbeban dengan kos menyewa premis.
Namun perubahan pasaran kepada kelas online juga datang dengan cabaran-cabaran baharu.
Kaedah pengurusan kelas yang sedia ada tidak lagi berkesan untuk memantau serta menguruskan guru dan pelajar.
Pengurusan yuran pelajar menjadi semakin sukar. Dulu, pelajar akan bayar yuran apabila mereka hadir ke kelas, tapi apabila kelas dijalankan secara maya, mereka tidak lagi hadir ke pusat tuisyen.
Pemantauan kelas juga lebih rumit, sukar untuk pantau aktiviti pengajaran guru. Ibu bapa pun sudah mula meminta laporan PdP guru setiap bulan.
Apabila sukar untuk pantau aktiviti guru, pembayaran elaun juga menjadi sukar. Setiap bulan, guru perlu diingatkan untuk menghantar laporan PdP supaya semakan boleh dibuat sebelum pembayaran elaun.
Kesan daripada pasaran yang lebih luas, persaingan menjadi lebih sengit. Pusat tuisyen perlu bersaing untuk pelajar daripada seluruh negara, malah seluruh dunia, bukan lagi terhad kepada taman atau daerah masing-masing.
Jadi bagaimana kita boleh bersaing dalam pasaran baru ini?
Fokus pada customer experience. Pastikan setiap pelajar anda mendapat perkhidmatan yang terbaik dan pastikan anda melantik guru yang berkualiti. Kerana customer anda boleh pilih mana-mana pusat tuisyen online yang lain.
Dengan kemajuan teknologi terkini, kebanyakan kerja-kerja harian yang biasa dilakukan secara manual seperti penjanaan invois, follow-up hutang dan pembayaran yuran dapat dijalankan secara automatik.
Pengurusan operasi yang lebih teratur dan tidak memerlukan perhatian yang banyak membuka peluang kepada anda untuk lebih fokus pada usaha menjaga dan meningkatkan kualiti guru lantas mengembangkan lagi pusat tuisyen anda.
MUDEER dibangunkan untuk membantu anda uruskan pusat pengajian anda dengan lebih TERATUR dan PROFESIONAL.