Untuk menukar status pelajar kepada “tidak aktif” (atau inactive), anda perlu mengeluarkan pelajar tersebut daripada kesemua kelas yang didaftarkan.
Anda boleh membuat carian pelajar berkenaan melalui ruangan “search” di bahagian atas kanan. Pergi ke tab “Classes” dan klik pada setiap kelas.
Klik pada menu More → Unenroll.
Jika pelajar tersebut mendaftar untuk kelas-kelas lain, anda ada pilihan untuk mengeluarkan pelajar tersebut daripada kesemua kelas yang didaftarkan atau kelas berkenenaan sahaja.
Tekan “Yes” jika anda ingin supaya pelajar tersebut diberhentikan daripada kesemua kelas.
Tekan “No, just this class” jika anda ingin supaya pelajar tersebut diberhentikan daripada kelas itu sahaja. Pendaftaran kelas lain akan dikekalkan.