Dalam Mudeer, kelas-kelas anda boleh disusun mengikut kursus (atau course). Course adalah seperti pakej. Anda boleh tetapkan yuran yang berbeza untuk setiap course.
Pelajar anda akan mendaftar di bawah course yang telah anda tetapkan. Anda boleh menukar (atau menaik taraf) pelajar daripada satu course kepada course yang lain.
Untuk menukar course pelajar, anda boleh buat carian pelajar berkenaan melalui ruangan search.
Klik pada nama pelajar untuk melihat profile beliau. Kemudian klik pada tab “Classes”. Klik pada kelas pelajar yang ingin ditukarkan.
Klik pada More → Change Course.
Kemudian klik pada butang “Change” pada course baharu pelajar.
Pelajar akan ditukarkan kepada course baharu. Manakala pengajar yang ditetapkan sebelum ini serta rekod pembelajaran pelajar akan kekal.