Sebelum anda boleh jana invois secara automatik, anda perlu tambah kursus (course) dalam Mudeer.
Dalam post ini saya akan terangkan bagaimana anda boleh tambah dan kemaskini kursus dalam Mudeer.
Klik pada menu Courses dan klik pada New untuk menambah kursus baharu. Anda boleh tambah dua jenis course:
- Group – kelas berkumpulan
- Individual – kelas individu / personal / 1-to-1
Ketetapan Kursus
Terdapat beberapa ketetapan yang anda boleh buat:
Name – Nama kursus.
Description – Keterangan kursus.
Fee – Yuran untuk kursus ini.
Tandakan “Every month” jika yuran untuk kursus tersebut dikenakan secara bulanan. Anda akan diberi pilihan untuk memilih hari bulan invois dikeluarkan.
Jika anda ingin supaya invois dikeluarkan pada bulan sebelumnya, contohnya invois bulan Februari dikeluarkan pada 30 hari bulan Januari, anda boleh tandakan “the month before”.
Ruangan “Sessions / month” pula adalah untuk anda tentukan bilangan sesi yang akan diadakan setiap bulan untuk kursus tersebut. Anda boleh tetapkan bilangan tersebut mengikut:
- Sesi
- Jam atau
- Minit
Tenaga pengajar akan diberi peringatan untuk menggantikan kelas-kelas yang tidak memenuhi tempoh yang ditetapkan pada ruangan ini.
Anda boleh biarkan ruangan ini kosong jika jumlah sesi yang perlu diajar oleh tenaga pengajar setiap bulan tidak tetap.
Ruangan “Session Duration” pula adalah untuk anda tentukan tempoh lazim bagi setiap sesi kelas. Jika kelas biasa dijalankan dalam tempoh sejam-sejam, anda boleh masukkan nilai 1 dan pilih hours.
Nilai ini sekadar panduan untuk tenaga pengajar ketika mereka merekodkan sesi kelas mereka. Anda boleh biarkan nilai ini kosong, jika perlu.
Ruangan “Normal Duration” pula adalah untuk anda nyatakan bilangan sesi keseluruhan yang akan diterima oleh pelajar sepanjang mereka mendaftar untuk kursus tersebut.
Jika kursus tersebut tidak tertakluk kepada bilangan sesi tertentu, anda boleh biarkan sahaja kosong.
Anda boleh juga tetapkan supaya invois dijana secara prorata di bahagian “Advanced”. Di sini anda boleh tentukan jumlah yuran yang akan dikenakan kepada pelajar mengikut jumlah sesi pada bulan itu.
Contohnya anda masukkan nilai RM25 pada ruangan tersebut dan anda tandakan “Prorate” serta “from previous month”. Maka apabila sampai waktu untuk invois dijana, amaun pada invois akan dikira berdasarkan bilangan sesi yang dijalankan pada bulan sebelumnya.
Jika pada bulan sebelumnya hanya 3 sesi berjaya dijalankan, maka invois pada bulan tersebut hanyalah RM75 (RM24 x 3 sesi).
Saya tidak menyarankan penggunaan ketetapan “Prorate”. Sepatunya tenaga pengajar akan mengganti juga kelas yang terlepas. Jika ada pelajar yang tetap enggan untuk membayar bulan tersebut kerana kekurangan sesi, anda boleh kemaskini invois pelajar tesebut secara individu.
Ketetapan “Include Membership Fee” pula adalah untuk anda tetapkan adakah yuran keahlian akan dikenakan kepada pelajar apabila mereka mendaftar. Saya terangkan lebih lanjut tentang yuran keahlian dalam post lain.
Klik “Save” untuk menyimpan ketetapan untuk kursus tersebut.
Yuran Pendaftaran Kursus
Anda boleh tetapkan yuran pendaftaran untuk setiap kursus. Yuran pendaftaran adalah yuran yang dikenakan kepada pelajar baharu apabila mereka mula-mula mendaftar untuk kursus tersebut.
Anda boleh tetapkan yuran pendaftaran untuk kursus melalui tab “Registration Fees”.
Klik pada “New Fee” untuk menambah yuran pendaftaran. Kemudian anda boleh masukkan jenis yuran serta amaun yuran dan klik “Save”.
Jika ada, anda boleh tambah yuran lain, seperti yuran modul, alat ketuk, dan seumpamanya.
Yuran pendaftaran kursus (Registration Fees) berbeza dengan yuran keahlian (Membership Fee). Saya ada terangkan perbezaan antara dua yuran ini.
Ini adalah penerangan tentang ketetapan yang anda boleh buat untuk setiap kursus. Seterusnya saya terangkan bagaimana anda boleh mula daftarkan pelajar ke dalam Mudeer.