بسم الله الرحن الرحيم
Ahmad mengajar secara separuh masa di Pusat Home Tuition Mudeer. Setiap bulan, Ahmad perlu menjalankan kelas sebanyak empat sesi, seminggu sekali.
Ahmad perlu mengganti kelas yang tidak dapat dijalankan pada bulan depannya. Contohnya pada bulan Januari, Ahmad hanya berjaya jalankan tiga kelas, Ahmad perlu menjalankan satu sesi kelas tambahan pada bulan Februari untuk menggantikan kelas yang terlepas itu.
Dalam Mudeer, anda sebagai admin, boleh tetapkan jumlah sesi, jam atau minit yang perlu ditunaikan oleh guru, setiap bulan.
Pergi ke Course berkenaan dan klik pada Edit.
Kemudian kemaskini bahagian “Sessions / month”. Nilai ini tidak wajib diisi. Jika anda biarkan kosong, guru tidak akan terima peringatan untuk menggantikan kelas yang terlepas.
Anda boleh juga lihat senarai kelas yang perlu diganti pada bulan semasa melalui menu Reports → Insufficient Sessions.
Paparan Guru
Apabila guru login ke Mudeer, mereka akan nampak peringatan tentang jumlah sesi yang perlu diganti (jika ada), setiap kali ingin memulakan kelas.
Terima kasih 😊