بسم الله الرحن الرحيم
Dalam panduan ini saya tunjuk bagaimana anda boleh daftarkan pelajar ke dalam Mudeer.
Terdapat tiga kaedah pendaftaran pelajar baharu dalam Mudeer:
- Melalui link borang pendaftaran
- Pendaftaran manual
- Impot pelajar secara pukal
Link Borang Pendaftaran
Setiap kelas yang anda buka akan ada link kepada borang pendaftaran. Link ini boleh dikongsikan dengan pelajar anda, dan mereka boleh mendaftar sendiri.
Mereka boleh menekan butang “Register” untuk mendaftar. Kemudian, mereka akan diminta untuk mengisi No. Telefon (atau No. Kad Pengenalan) terlebih dahulu. Langkah ini adalah untuk menyemak sama ada rekod pelajar telah pun wujud.
👉 Tips: Anda boleh tetapkan supaya No. Kad Pengenalan pelajar digunakan untuk tujuan pendaftaran, bukannya No. Telefon. Saya terangkan dengan lebih lanjut di sini.
Selepas itu, pelajar tersebut perlu mengisi beberapa butiran lain untuk meneruskan pendaftaran.
Pelajar perlu membuat pengesahan butiran pendaftaran mereka sebelum menekan butang “Confirm”.
Setelah mengesahkan pendaftaran mereka, mereka akan diberikan invois pertama untuk kelas tersebut.
Jika anda mendaftar untuk payment gateway seperti Toyyibpay atau Billplz, anda boleh terus terima bayaran daripada pelajar. Bayaran tersebut akan direkodkan ke dalam Mudeer, secara automatik. Tak perlu lagi kutip resit setiap bayaran dan rekodkan secara manual.
Setiap pelajar yang mendaftar menggunakan link perlu disahkan terlebih dahulu sebelum mereka tersenarai sebagai pelajar aktif. Senarai pelajar baharu yang belum disahkan boleh dicapai melalui menu “Students” → “New Students”.
Pelajar yang mendaftar untuk kelas individu, perlu juga ditugaskan kepada guru. Di sini, anda boleh juga masukkan jadual kelas tersebut.
Pendaftaran Manual
Cara kedua untuk mendaftarkan pelajar adalah secara manual. Anda boleh pergi ke kelas berkenan, dan pergi ke tab “Students”.
Di sini anda boleh klik pada butang “New Student”.
Anda perlu membuat carian untuk pelajar yang ingin didaftarkan terlebih dahulu. Ini adalah untuk memastikan supaya rekod pelajar yang sama, tidak dimasukkan lagi ke dalam sistem.
Anda boleh membuat carian menggunakan:
- nama,
- nombor telefon,
- alamat emel atau
- IC pelajar.
Setelah anda membuat carian pelajar, anda boleh daftarkan pelajar sedia ada dengan menekan butang “Enroll”, atau menekan butang “ADD NEW STUDENT” untuk pelajar baharu.
Untuk pelajar baharu, anda akan diminta untuk memasukkan butiran pelajar tersebut.
Kemudian, anda akan diberi pilihan untuk mengenakan yuran atau tidak.
Untuk mengenakan yuran, anda boleh masukkan kadar yuran pelajar tersebut pada ruangan “Fee” dan klik pada “Charge”. Jika tidak, klik pada “Skip”.
Jika anda klik pada butang “Charge”, pelajar tersebut akan dikenakan yuran dan anda akan dibawa ke invois berkenaan.
Notifikasi berkenaan invois tersebut akan dihantar kepada pelajar secara automatik. Walaubagaimanapun, anda boleh juga hantar invois tersebut melalui WhatsApp dengan menekan butang “Follow up”.
Perbezaan Antara Pendaftaran Pelajar Menggunakan Link dan Manual
Berikut adalah beberapa perbezaan antara dua kaedah pendaftaran pelajar yang baru sahaja saya terangkan.
Link | Manual |
Pelajar daftar sendiri. Perlu disahkan. | Admin daftarkan. Tidak perlu disahkan. |
Impot Pelajar
Kaedah ketiga adalah dengan mengimpot rekod pelajar-pelajar sedia ada anda dalam bentuk Excel.
Pada peringkat awal, kaedah ini boleh digunakan untuk mengimpot semua pelajar sedia ada anda, supaya Mudeer dapat membantu jana invois pelajar secara automatik, setiap bulan.
Saya terangkan dengan lebih lanjut di https://mudeer.my/blog/impot-pelajar-dan-kelas-individu/
👋 Saya cadangkan anda tengok video panduan, kerana dalam video tersebut saya terangkan dengan lebih terperinci.
Terima kasih 😊