Cara Membuka Kelas

Untuk setiap kursus berkumpulan, anda perlu buka kelas sebelum anda boleh mula mendaftarkan pelajar. Jika anda belum mewujudkan kursus lagi, boleh baca ini.

Anda boleh klik pada tab “Classes” bagi kursus tersebut.

Klik “New Class”

Ketetapan Kelas

Terdapat beberapa ketetapan yang boleh dikemaskini:

Title – nama untuk kelas tersebut. Cadangan: wujudkan kelas mengikut batch kemasukan pelajar, contohnya Kelas Asas Feb 2022.

Teacher – Tenaga pengajar yang mengajar kelas tersebut. Anda boleh tambah tenaga pengajar melalui menu “Teachers”.

Allowance Rate – kadar elaun tenaga pengajar untuk kelas tersebut. Anda boleh tetapkan kadar elaun guru mengikut: 

  1. Jam (per hour)
  2. Sesi (per session) atau
  3. Bulan (per month)

Masukkan keterangan kelas di ruangan “Description”, jika ada. Ketetapan ini tidak wajib.

Anda boleh masukkan jadual kelas di bahagian “Schedules”. Di sini, anda boleh tentukan waktu mula dan tamat kelas mengikut hari.

Maklumat jadual kelas TIDAK wajib. Anda boleh biarkan sahaja ruangan ini, terutama sekali jika kelas anda tiada jadual yang tetap.

Anda boleh bekukan penjanaan invois untuk semua pelajar dalam kelas tersebut dengan menandakan “Hold Billing”.