Maklum Balas (Feb 2024) – Apa Yang Saya Belajar & Apa Yang Kita Boleh Tambah Baik

Alhamdulillah saya banyak terima maklum balas yang baik dan membangun daripada survey yang saya hantar pada bulan Februari 2024 baru-baru ini.

Terima kasih banyak kepada semua yang meluangkan masa untuk memberi maklum balas. BarakAllah feekum.

Secara keseluruhan, saya terima 61 maklum balas daripada guru dan juga admin. Walaupun survey berkenaan adalah untuk penggunaan sistem Mudeer, ada beberapa maklum balas yang ditujukan kepada pusat pengajian.

Dalam post ini saya share hasil dapatan daripada maklum balas yang saya terima.