Assalamu’alaikum. Dalam episod ini kita bersembang santai dengan Ustaz Farhan, co-founder Quran Clinic, pusat pengajian Al-Quran yang menyediakan perkhidmatan pengajian Al-Quran online dan rumah-ke-rumah.
Month: December 2022
Apa Itu Pemasaran Word of Mouth
“Masya Allah dah lancar kau baca Al-Quran, Man. Kau belajar dekat mana?” tanya Kamal kepada Abdul Rahman. “Aku ingat nak belajar baca Al-Quran juga la”.
“Alhamdulillah. Aku belajar dekat [pusat pengajian anda]. Teknik guru mengajar sangat baik. Mudah faham”. Ini contoh perbualan pelajar anda.
Ini dipanggil pemasaran “Word of Mouth” (WOM). Pemasaran Word of Mouth atau juga dipanggil pemasaran “mulut ke mulut” (macam bantuan pernafasan 😅) adalah bentuk pemasaran di mana customer anda sendiri mengesyorkan produk anda dengan sukarela kepada orang lain.
Bentuk pemasaran ini sangat berkesan kerana kita lebih percara kepada kawan-kawan dan orang terdekat berbanding iklan yang kita lihat.