Tips Bersama MUDEER – 29 Januari 2021

Dalam video tips bersama Mudeer kali ini saya terangkan tentang:

1. Dashboard baharu.
2. Bagaimana untuk tentukan cara kiraan elaun guru: ikut sesi atau jam?
3. Bagaimana untuk tetapkan elaun guru mengikut “revenue sharing”.

Macam Mana Nak Buat Kalau Guru Terlupa Untuk Mulakan Kelas

Rekod punch-in guru sangat penting untuk pusat pengajian pantau dan bayar elaun guru. Namun ada kalanya, guru terlupa untuk punch-in kelas, dan hanya teringat setelah selesai kelas tersebut.

Dalam kes seperti ini, guru boleh “Start Session” untuk kelas tersebut dan masukkan tempoh kelas yang terlepas itu. Jam pengajaran guru tersebut akan direkodkan dalam Mudeer.

Biar Pelajar Bayar Caj Transaksi Pembayaran Online

Setiap pembayaran online pelajar, menggunakan payment gateway, Toyyibpay atau Billplz, akan dikenakan caj transaksi. 

Biasanya caj ini akan diserap oleh pusat pengajian. Namun, jika anda ingin supaya caj ini ditanggung oleh pelajar, anda boleh pergi ke bahagian “Settings” dan tandakan “Charge Transaction Fees to Customers”.